Madrasah Nurul Hidayah.
Pondok Pengajian Islam.
Banggol Setol,Kg Tembak B.
Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

selamat datang

Tel/Fax : 04-4160442 E-mail : pondoktembak@yahoo.com / alumnipondoktembak@yahoo.com Nama akaun : Madrasah Nurul Hidayah Bank Islam Malaysia Berhad No Akaun : 02018010037479 / 02020010027433 Sumbangan anda diucapkan jutaan terima kasih.

Khamis, 11 Mac 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia ( AlFatihah )




Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Syeikh Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Syeikh Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Syeikh Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita 
AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan