Madrasah Nurul Hidayah.
Pondok Pengajian Islam.
Banggol Setol,Kg Tembak B.
Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

selamat datang

Tel/Fax : 04-4160442 E-mail : pondoktembak@yahoo.com / alumnipondoktembak@yahoo.com Nama akaun : Madrasah Nurul Hidayah Bank Islam Malaysia Berhad No Akaun : 02018010037479 / 02020010027433 Sumbangan anda diucapkan jutaan terima kasih.

Rabu, 31 Mac 2010

TG Nik Aziz dahului terima darjah kebesaran

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), merangkap MURSYIDUL AM PAS dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Kurnian ini amat-amat dihargai dan disanjung tinggi . Mudahan Kelantan kekal dibawah pemerintahan Ulama' . Darjah kebesaran ini , sebagai simbolik kerajaan Negeri Kelantan memartabatkan ulama' ditempat yang selayaknya . Golongan Ulama' perlu diutamakan kerana mereka banyak memberi sumbangan kepada rakyak dalam pentadbiran , politik , kemasyarakatan ,memberi ilmu kefahaman agama kepada rakyat dan sebagainya. Selayaknya YAB MENTERI BESAR KELANTAN MENDAPAT ANUGERAH INI .SATU KEPUJIAN UNTUK PIHAK ISTANA TERUTAMA T
engku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra .



p/s : untuk berita selanjutnya 
        www.Harakahdaily.net

Selasa, 23 Mac 2010

Barakallahu lakuma !!!

BismillahirRahmanirRahim
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



Tahniah Dan Ucapan Selamat Pengantin Baru Buat Saudara Zakaria & pasangannya Faizah binti Zainon kerana telah menamatkan zaman bujang ...
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh wali pengantin perempuan , Us Zainon Arifin, Moga kalian suami isteri di berkati yg maha esa. serta jodoh kalian bahagia hingga ke taman syurga ... Amin Ya Raa'b !!!



Isnin, 22 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulid Rasul

Majlis Sambutan Maulid Rasul ,

Pada     : 27 Mac 2010.
Hari      :  Sabtu
Jam       : 11am - 5pm
Tempat  : Dataran Madrasah Nurul Hidayah

Semua Pelajar,Bekas Pelajar Dan Muslimin, Muslimat Dijemput Hadir ,

sila sebarkan berita ini pada sahabat-sahabat.

Ahad, 21 Mac 2010

Hanya Tinggal kenangan
























Note : Gamnbar sekitar tahun 2003-2005
           pada sahabat yang mempunyai gambar gambar kenangan lama
           atuapun gambar baru, boleh lah upload 
           kat pesbuk @ emailkan terus pada admin : pondoktembak@yahoo.com,
           kerjasama daripada sahabat-sahabat amatlah dihargai.


Khamis, 11 Mac 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia ( AlFatihah )




Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Syeikh Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Syeikh Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Syeikh Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita 
AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.