Madrasah Nurul Hidayah.
Pondok Pengajian Islam.
Banggol Setol,Kg Tembak B.
Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

selamat datang

Tel/Fax : 04-4160442 E-mail : pondoktembak@yahoo.com / alumnipondoktembak@yahoo.com Nama akaun : Madrasah Nurul Hidayah Bank Islam Malaysia Berhad No Akaun : 02018010037479 / 02020010027433 Sumbangan anda diucapkan jutaan terima kasih.

Jumaat, 22 Julai 2011

Majlis Tuan Guru Pondok Kedah Ditubuh Demi Memartabatkan Institusi Ulama'


ALOR SETAR: Institusi pondok merupakan benteng terakhir dalam menjaga dan menyelamatkan akidah masyarakat pada masa kini.

Selain itu, ia merupakan pejuang utama kepada ilmu-ilmu turath yang sangat berharga dan sekiranya tidak dipelihara akan hilang ditelan zaman.

Jika diamati pembangunan dan persekitaran pula, ia seumpama ‘Madinah Kecil’ di mana rumah tuan guru hampir dengan madrasah utama selain dikelilingi pondok anak-anak muridnya.

Segala keistimewaan dan keunikan itulah menambahkan lagi keberkatan ilmu dan kehebatan institusi pondok di mata masyarakat.

Atas semangat itulah, Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) telah menganjurkan Majlis Pertemuan Para Tuan Guru Pondok di Seri Mentaloon, di sini baru-baru ini.

Hasil pertemuan yang dihadiri 19 tuan-tuan guru pondok itu, sebuah jawatankuasa khas dinamakan Majlis Tuan Guru Pondok Kedah telah dibentuk dan bernaung di bawah Hesa.

Mudir Madrasah Manabi’ Al Ulum Al Diniah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir telah dipilih selaku pengerusi yang pertama kepada jawatankuasa majlis tersebut.
 

Jumaat, 1 Julai 2011

Perbincangan (perjumpaan Raya 2011)


Assalamualaikum ...

sahabat yang dikasihi : 
Perbincangan (perjumpaan Raya 2011) kita akan diadakan pada 15/7 jam : selepas solat isya' 9.00pm . tempat : ruang Facebook Group, MNH Chat . semua dijemput untuk on line

Sila klik pada gambar untuk besarkan